fbpx
Malek berucap pada Perbarisan Perintah Ulung PAT ke-24 di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Kagat diletak bawah PAT, perkukuh sahsiah dan integriti ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) akan diletakkan di bawah Panglima Angkatan Tentera (PAT) sebagai langkah pertama bagi memperkukuhkan institusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman berkata, penstrukturan semula itu bertujuan mempertingkatkan peranan Kagat sebagai penasihat, pemantau dan pembimbing dalam membina sahsiah serta ketahanan rohani warga ATM.

“Dalam memperkukuhkan institusi, saya mahu Kagat diletakkan secara langsung di bawah Panglima Angkatan Tentera. Peranan Kagat akan dipertingkatkan sebagai penasihat, pemantau dan pembimbing dalam membina sahsiah serta ketahanan rohani warga angkatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Perbarisan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera ke-24 di Dataran PTD, Kem Sungai Besi, di sini hari ini.

Malek berkata, sekiranya tonggak pertama memberi fokus kepada pembinaan jiwa dan akhlak, tonggak kedua pula bagi memastikan sistem pentadbiran tidak mengkhianati nilai tersebut.

“Integriti tidak cukup dengan niat yang baik. Ia mesti dilindungi dengan struktur yang jelas dan pelaksanaan yang konsisten,” ujarnya.

Sebelum ini, Kagat diletakkan di bawah Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA), sekali gus mengehadkan akses secara langsung antara pengarahnya dengan kepimpinan tertinggi ATM.

Katanya, susunan terdahulu menyebabkan Pengarah Kagat tidak mempunyai ruang interaksi secara langsung dengan Panglima-Panglima Perkhidmatan dan PAT, sekali gus mengehadkan keberkesanan pelaksanaan strategi kerohanian.

“Dengan penstrukturan ini, Pengarah Kagat akan terus melapor kepada saya. Segala inisiatif, pandangan dan perancangan strategi untuk memperkukuhkan kerohanian angkatan dapat disampaikan secara terus dan lebih terbuka,” katanya.

Tambah beliau, langkah itu memberi ruang yang lebih luas kepada Kagat untuk melaksanakan peranan secara lebih efektif, sejajar dengan hasrat memperkukuhkan aspek akhlak dan jati diri warga ATM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN