fbpx
Pergerakan kenderaan menghala ke pusat bandar Gua Musang petang ini lancar. Foto AIMUNI TUAN LAH

Aliran trafik masuk Kelantan lancar menjelang malam makan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Aliran trafik menghala masuk Kelantan melalui pusat bandar Gua Musang di sini dilaporkan lancar dan terkawal menjelang majlis makan besar sempena Tahun Baharu Cina malam ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, cuaca petang ini dilaporkan hujan dan jumlah kenderaan meningkat secara berperingkat namun berkurangan berbanding semalam.

“Setakat ini, keadaan pergerakan trafik masih terkawal dan tiada kesesakan serius. Pengguna perlu merancang perjalanan lebih awal, mematuhi peraturan dan berhati-hati terutama ketika cuaca hujan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN