fbpx
GAMBAR HIASAN JANAAN AI

‘Perempuan lepas isi minyak, masuk kereta terus jalan boleh tak?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perempuan kalau isi minyak, boleh tak lepas isi tu masuk kereta terus ‘start’ (hidupkan enjin) dan jalan?”.

Itu pertanyaan dan permintaan seorang lelaki kepada kaum wanita yang mengisi petrol kenderaan mereka di stesen minyak.

Individu itu turut mempertikaikan ‘kebiasaan’ para wanita yang disifatkan sebagai ‘terhegeh-hegeh’ walaupun sudah selesai berbuat demikian.

“Ini masa tu la nak periksa gincu bibir, sepit bulu mata, korek hidung lah. Lepas tu buka beg tangan entah menatang apa yang kau cari. Terhegeh-hegeh.

“Ikut suka dia je sampai dua ke tiga minit tak ‘belah-belah’. Kita pula kena sidai nak tunggu dia berambus. Kang kalau aku lempang, dengan aku sekali masuk jel. Aku ni baran tau tak!,” kata lelaki itu di media sosial.

Hantaran lelaki itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai dengan ada yang bersetuju terhadap perkongsiannya itu, selain yang menyifatkan kedua-dua ‘kaum’ juga serupa.

“Perempuan masa mula nak jalankan kereta pun lambat,” ujar @Gondang Nogori.

“Tak kira lelaki atau perempuan. Memang ada perangai macam tu,” @Noriza Mat Jani.

“Dah isi minyak nak kena bersihkan tangan. Lepas tu masukkan balik sanitizer dalam bag, nak simpan MyKad dan kad. Dahaga pula capai air botol. Memang terhegeh-hegeh bang,” komen netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN