fbpx
Hamidi (tengah) ketika pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang melakukan kesalahan. Foto JPJ KL.

Kereta bunyi bising kena ‘pukat’ malam Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 346 notis kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur dalam satu operasi penguatkuasaan khas menerusi Unit Falcon di beberapa lokasi sekitar ibu negara, Sabtu lalu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam, berkata operasi yang dilaksanakan bermula pukul 10 malam hingga pukul 5 pagi, itu dijalankan susulan aduan awam berkaitan gangguan bunyi serta pengubahsuaian kenderaan secara ekstrem.

Menurutnya, antara kesalahan utama yang dikesan ialah tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, pengubahsuaian kenderaan tanpa kelulusan serta pertukaran enjin tanpa pengendorsan.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 273 notis dikeluarkan mengikut kesalahan P22, 56 notis di bawah Seksyen 61(1), lapan notis Seksyen 64(1), tiga notis PG1 dan enam notis P23,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak enam buah kereta dan dua buah motosikal turut disita serta-merta atas kesalahan serius termasuk pengubahsuaian kenderaan secara ekstrem serta penggunaan nombor pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan.

Dalam pada itu, Hamidi memaklumkan seorang wanita berusia lingkungan 26 tahun dikesan cuba melarikan diri daripada sekatan dengan berpatah balik sebelum lokasi pemeriksaan dan menunggang secara melawan arus.

“Pemeriksaan lanjut mendapati motosikal tersebut menggunakan nombor pendaftaran yang mengelirukan dan tidak mengikut spesifikasi, justeru kenderaan berkenaan telah disita untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknyaakan terus mempergiatkan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI