fbpx
Keadaan kereta mangsa selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan lain ketika menuju ke Cameron Highlands melalui laluan Tapah pada 11 Februari lalu.

[VIDEO] Tak sempat merasa angin Cameron, kereta kena ‘cium’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasrat sebuah keluarga untuk menikmati udara sejuk Cameron Highlands, Pahang bertukar detik cemas apabila kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan dari Tapah, Perak menuju ke pusat peranginan itu.

Menerusi perkongsian di TikTok @mucik.musyriff, pengguna tersebut memuat naik rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan kejadian yang menimpa dia sekeluarga ketika mendaki laluan berbukit.

“Simpan sini buat kenangan, ada la tu Allah nak jaga (lindung) daripada apa-apa berlaku. Tak sempat nak merasa angin sejuk Cameron. Selamat ulang tahun perkahwinan kelima,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Berdasarkan rakaman itu, sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba memasuki laluannya sebelum merempuh bahagian hadapan kenderaan mangsa.

Dentuman kuat kedengaran sejurus pelanggaran berlaku, diikuti suara kanak-kanak yang menangis ketakutan selain isterinya mengadu kesakitan akibat hentakan kuat. Pemilik video itu bagaimanapun bersyukur kerana mereka sekeluarga tidak mengalami kecederaan serius.

“Alhamdulillah cuma masing-masing terkejut. Anak tak ada apa-apa, isteri cuma luka sikit sebab lutut kena box (kotak) tengah,” katanya.

Difahamkan, insiden itu berlaku dalam sekelip mata di laluan berselekoh dan menuruni bukit.

Orang ramai turut menasihatkan pengguna jalan raya lain supaya lebih berhati-hati terutama di kawasan tanah tinggi.

“Jalan Cameron Highlands kena hati-hati. Belum sampai makan jalan sebelah, kereta motosikal lori,” kata @Etie Design.Jahitan Manik.

“Pentingnya dashcam. Sekarang sudah jadi keperluan, saya baru lalu hari akhir 2025, tidak la seteruk itu cuma kena dengan motor. Mujur ada dashcam, bermati-matian orang (penunggang) motor salahkan kami, lepas kami tunjuk dashcam tiba-tiba tak nak tengok.

“Sampai sekarang dia tak buat laporan polis. Kami tuntut insurans atas kereta sendiri,” kongsi @maklehahennaart. – KOSMO! ONLINE

@mucik.musyrif Simpan sini buat kenangan. Ada la tu Allah nak jaga dari apa-paa berlaku. Tak sempat nak merasa angin sejuk cameron. Happy Anniversary Ke-5 #dashcam #fyppppppppppppppppppppppp #accident #fyp #dashcamvideos ♬ original sound – putriamallia – midnightrain133

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN