fbpx
LTSIP, Pengkalan Chepa di Kota Bharu akan beroperasi dengan kapasiti penuh selepas pembinaan terminal baharu fasa dua siap bulan depan. FOTO IHSAN MALAYSIA AIRPORTS

Operasi penuh Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebelum Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini dijangka beroperasi dengan kapasiti penuh bermula 5 Mac ini selepas pembinaan terminal baharu fasa dua siap bulan depan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Saizol Ismail berkata, maklumat tersebut diperoleh selepas beliau menjalankan lawatan ke LTSIP pada minggu lepas.

Menurutnya, operasi penuh LTSIP sepatutnya pada minggu lalu, namun pelaksanaannya ditangguhkan susulan beberapa masalah teknikal melibatkan sistem tali sawat bagasi.

“Sehubungan itu, operasi penuh terminal baharu fasa dua LTSIP dijangka bermula pada 5 Mac ini iaitu pada pertengahan Ramadan. Selain itu, beberapa operator penerbangan juga akan menambah jambatan udara untuk kemudahan penumpang.

“Selepas kedua-dua terminal beroperasi, saya harap operator penerbangan dapat menambah destinasi ke luar negara walaupun LTSIP buat masa ini masih belum sepenuhnya bertaraf antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) Bersama Media Kelantan di sini malam tadi.

Saizol memberitahu, perkembangan projek di LTSIP itu juga sebagai persediaan untuk menghadapi pertambahan penumpang penerbangan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, LTSIP di Pengkalan Chepa di sini bersedia untuk menerima penerbangan antarabangsa masuk ke Kelantan hujung tahun ini susulan terminal baharu fasa 1 beroperasi secara rasmi pada 1 Mei 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan projek penambahan landasan sejauh 400 meter di LTSIP, Pengkalan Chepa di sini agar ia boleh dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Menurutnya, beliau telah bersetuju dengan cadangan itu akan cuba melaksanakan projek tersebut dengan segera.

“Projek tambahan landasan itu sekali gus membolehkan penerbangan umrah dan haji dari Kelantan terus ke Arab Saudi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI