fbpx
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor yang juga Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah melawat pameran pada Majlis Pelancaran Buku Gemilang Sejarah Perjalanan Bola Sepak Selangor di Stadium Merdeka, hari ini.

Tengku Amir tidak berminat, fokus Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mendedahkan tidak berminat untuk bertanding merebut jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebaliknya, Pengerusi Selangor FC itu lebih selesa untuk memberi fokus tanggungjawab di FAS di mana perhatian utamanya untuk menambah baik pelbagai aspek dan tidak hanya tertumpu kepada pembangunan pemain semata-mata.

“Tidak, saya tidak berminat (jawatan Presiden FAM). Saya berminat dengan FAS dan banyak yang kita mahu capai buat masa ini.

“Banyak yang perlu kita lakukan untuk pengadil kerana saya percaya kita boleh mendapatkan pengadil dan jurulatih yang lebih baik, bukan setakat pemain, tetapi keseluruhan ekosistem bola sepak.

“Itu yang saya fikir saya boleh sumbangkan dengan lebih baik daripada FAS. Jadi, itu fokus saya buat masa ini di bawah FAS,” katanya pada Pelancaran Buku Gemilang Sejarah Perjalanan Bola Sepak Selangor di Stadium Merdeka, hari ini.

Tengku Amir Shah juga menzahirkan kesediaan untuk memberikan sokongan terhadap apa sahaja langkah yang boleh mengangkat bola sepak negara ke arah lebih baik.

“Saya akan menyokong dan memberikan sebaik mungkin untuk melakukan apa yang perlu saya lakukan untuk menyokong bola sepak Malaysia. Seperti yang saya katakan, fokus saya adalah untuk FAS,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan The Real Warriors (KTRW), Datuk Mohd Irwan Rizal menyifatkan tiga kerabat iaitu Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tengku Amir Shah sebagai calon terbaik untuk mengetuai FAM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN