fbpx
Zainol menunjukkan kesan kebakaran rumahnya itu di Taman Baiduri, Banting. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

Dengar jeritan anak, cuba padam api namun gagal – Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – “Sejurus terdengar jeritan, saya cuba memadam api, namun gagal kerana api terlalu marak.”

Demikian kata Zainol Abidin Yahya, 71, datuk kepada Allahyarham Mohd. Achmad Mohd. Iszwan, 6, yang ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat di Taman Baiduri, Banting di sini, hari ini.

Menurut pesara swasta itu, sewaktu kejadian pada pukul 4 pagi tersebut, dia bersama isteri serta seorang anak perempuannya sedang tidur di bilik utama sebelum terjaga selepas mendengar anaknya menjerit api.

“Saya mendapati sebuah bilik belakang terbakar. Pada waktu itu, saya tidak tahu cucu (arwah) sedang tidur dan cuba menyimbah air dari tandas, tetapi tidak berjaya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Zainol, kejadian berlaku agak pantas dan dia mengarahkan lapan ahli keluarganya termasuk isteri dan tiga cucu lain keluar untuk menyelamatkan diri.

“Anak saya (Muhammed Hafiz Fikri) yang berusia 30 tahun melecur ketika cuba menyelamatkan Mohd. Achmad. manakala anak perempuan pula mengalami sesak nafas. Mereka dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pemeriksaan awal mendapati api bermula dari sebuah bilik di bahagian belakang di tingkat atas rumah berkenaan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI