fbpx
Gambar hiasan

Wanita rugi lebih RM200,000 ditipu pelaburan saham tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang wanita warga tempatan mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM219,320 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan saham tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada wanita berusia 45 tahun itu, semalam.

Menurutnya, mangsa mendakwa ditawarkan skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan antara 10 hingga 20 peratus dalam tempoh 24 jam.

“Suspek turut memaklumkan bahawa keuntungan tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun aplikasi dikenali sebagai ‘VI+Bull’ milik mangsa.

“Tertarik dengan tawaran tersebut, mangsa telah melakukan sembilan transaksi pembayaran berjumlah RM219,320 ke dalam tiga akaun bank tempatan bermula 9 Disember 2025 hingga Khamis lalu,” katanya dalam kenyataan.

Seng Lee berkata, mangsa yang merupakan juruprogram sistem membuat semakan pada akaun aplikasi berkenaan dan mendapati keuntungan yang dipaparkan mencecah RM336,544.

“Apabila mangsa cuba membuat pengeluaran, akaun tersebut telah disekat,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang menyedari dirinya ditipu tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI