fbpx
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam lif di Blok Akasia, Bayan Lepas, semalam.

13 penghuni terperangkap dalam lif tingkat 15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seramai 13 penghuni berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam lif di tingkat 15, Blok Akasia, Mutiara Perdana di Bayan Lepas di sini, semalam.

Kesemua mangsa terdiri lapan lelaki dan lima wanita itu masing-masing dikatakan menetapkan di blok berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.14 petang dan bergegas ke lokasi untuk operasi penyelamatan.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru diketuai Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan l, Muhammad Syahir Jamaludin.

“Komander operasi membuat ‘size up’ dan melakukan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan khas termasuk kunci lif. Mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa dua minit pada pukul 5.45 petang dalam keadaan selamat,” katanya malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI