fbpx
Tangkap layar video menunjukkan si suami membelah rumah dan meja kayu menggunakan gergaji. - TikTok

Suami belah rumah jadi dua gara-gara isteri curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Grobogan, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian ramai apabila sanggup membelah rumah kepada dua selepas mendapati isterinya berlaku curang, lapor portal berita Lambe Turah

Rumah itu terletak di Desa Mlowokarangtalun, daerah Pulokulon. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @.baguse menunjukkan si suami sedang membelah sebuah meja kayu menggunakan gergaji. 

Selain meja, rumah yang diduduki mereka turut dibelah dua. 

Penghulu Desa Mlowokarangtalun, Wahyu Hudiyono tampil menjelaskan bahawa kejadian berlaku pada pagi semalam.

“Pembahagian itu dibuat selepas isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Si suami sudah memaafkan kejadian itu, namun isterinya tidak lagi mahu bersama,” kata Wahyu. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN