fbpx
Kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang semalam.

Biasa Komtar ke Bayan Baru 35 minit, kelmarin 3 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Rata-rata pengguna kenderaan di negeri ini terutama yang menghala ke pusat bandar dan Seberang Perai terpaksa menempuh kesesakan yang panjang sejak kelmarin susulan cuti sambutan Tahun Baharu Cina, Selasa ini.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati,pengguna perlu mengambil masa kira-kira sejam untuk ke pusat bandar George Town dari Bayan Lepas, manakala tempoh 45 minit menuju ke Perai dengan melalui Jambatan Pulau Pinang.

Seorang pengguna, Harnani Ilya, 40, berkata, dia terpaksa mengharungi kesesakan yang teruk, bermula kelmarin terutama di kawasan berhampiran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dari Bayan Lepas.

Menurutnya, selain itu, jalan-jalan utama termasuk jalan alternatif menghala ke Jalan Masjid Negeri dan Tanjong Tokong juga turut sesak dengan kenderaan-kenderaan dari kedua-dua arah.

“Memang kena banyak sabar lagi-lagi ketika musim perayaan. Kesesakan ini bukan baru berlaku hari ini (semalam) tapi sejak petang Jumaat lalu.

“Tempoh biasa yang diambil untuk pulang ke rumah pada pukul 5 petang dari Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) ke Bayan Baru adalah kira-kira 35 hingga 45 minit minit tapi semalam (kelmarin), memang luar biasa sesak. Saya sampai rumah hampir pukul 8 malam.

“Mujur hari ini cuti dan saya ambil keputusan untuk duduk di rumah. Sekiranya ada apa-apa kecemasan, kami mungkin terpaksa menunggang motosikal sahaja sebagai alternatif,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, semalam.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Faridah Ibrahim, 50 pula berkata, dia pula berdepan kesesakan dari Perai menghala ke Sungai Dua di Butterworth, semalam.

“Selain kenderaan perlahan di Lebuh Raya Utara Selatan, sana sini jalan di sekitar Seberang Perai semuanya sesak. Dengan keadaan cuaca yang panas terik, memang amat menguji kesabaran,’ ujarnya.

Baru-baru ini, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail dilaporkan berkata, kira-kira dua juta kenderaan dijangka akan melalui negeri ini sepanjang Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026, yang berlangsung dari 15 hingga 20 Februari ini.

Katanya, angka itu meningkat berbanding kira-kira 1.8 juta kenderaan pada Op Selamat tahun lepas, susulan pergerakan warga kota dan mereka yang menetap di bandar pulang menziarahi keluarga, selain ketibaan Ramadan.

Beritahu beliau, peningkatan itu mungkin menyebabkan kesesakan di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran, terutama pada waktu puncak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN