fbpx
DENGAN potongan 'skirt' yang pelik, busana Azira nampak serba tidak kena di mata netizen.

Macam nak terlondeh, cantik ke baju Azira tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETIKA media sosial panas dengan perbalahan peminat beberapa selebriti, muncul pula Azira Shafinaz mencuri perhatian ramai.

Bukan dengan konten merapu sebaliknya Azira memuat naik foto menyarung busana ‘pelik’ yang meraih kecaman bertalu-talu daripada netizen.

Menerusi foto yang dikongsi, dia memakai baju berwarna biru cair sendat dan kain berwarna merah. Namun, busana tersebut dikatakan mencolok mata kerana rekaan kain yang dipakai Azira seperti nak terlondeh.

Diva faham saja gaya sebegitu sebab sudah beberapa selebriti lain pun pernah memakai kain yang ala-ala nak terlucut itu. Tapi biasalah netizen, ada saja yang tidak kena pada mata mereka. Sabarlah ya Azira, lumrah jadi artis. Telan sajalah apa yang dilemparkan netizen. Tapi sungguhnya, mata Diva pun kecil besar juga fikir fesyen ‘wakanda’ apalah Azira pakai.

DIVA: Harap dunia hiburan tenang-tenang saja bulan Ramadan nanti. Pakat tayang ‘done’ tarawih, jom!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN