fbpx
ARSENAL harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal mengekalkan kelebihan satu gol hasil jaringan Noni Madueke apabila seri dengan Brentford. - AFP

Arsenal mula buat perangai lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal terus dihimpit tekanan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas seri 1-1 menentang Brentford awal pagi semalam sekali gus hanya berkelebihan empat mata di hadapan Manchester City dengan berbaki 12 perlawanan musim ini.

Keputusan itu menguatkan pola membimbangkan buat The Gunners yang sekali lagi gagal memanfaatkan peluang untuk melebarkan kelebihan setiap kali beraksi selepas City meraih kemenangan dalam minggu sama.

Prestasi tidak konsisten itu menimbulkan persoalan terhadap ketahanan mental pasukan di saat perlumbaan kejuaraan memasuki fasa paling kritikal musim ini.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta bagaimanapun menolak dakwaan bahawa faktor bermain selepas perlawanan City memberi kesan kepada corak permainan anak buahnya.

“Saya tidak fikir begitu. Kami juga pernah bermain selepas mereka beberapa kali musim ini dan tetap menang,” katanya.

Menurut Arteta, kegagalan mengutip tiga mata lebih berkait dengan kelemahan taktikal ketika berdepan pasukan yang agresif serta sukar diramal.

“Kami kekurangan beberapa perkara ketika menentang mereka. Dalam situasi tertentu, kami perlu bertahan dengan lebih baik atau menghalang ancaman lebih awal,” jelasnya.

Dalam masa sama, pengendali itu turut mengakui Arsenal tidak mengurus detik penting permainan dengan baik sehingga memberi ruang kepada Brentford mencuri keputusan berharga pada aksi di Stadium Komuniti Gtech tersebut.

Keputusan itu mengekalkan tekanan ke atas Arsenal menjelang baki saingan musim ini, dengan setiap kehilangan mata berpotensi mengubah haluan perebutan gelaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN