fbpx
Tertuduh diiringi polis di Mahkamah Butterworrh, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Tukang paip didakwa bunuh ibu tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang tukang paip didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ibu tunggal di Taman Seri Murni, minggu lalu.

Tertuduh L. Ravinder, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh C. Kanagee, 41, di sebuah rumah di Taman Seri Murni, Butterworth dalam daerah Seberang Perai Utara (SPU) antara 9.30 pagi hingga 9.41 pagi, 4 Februari. Pertuduhan dikemukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Zhan Yi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan kes disebut semula pada 31 Mac depan.

Sebelum ini, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail dilaporkan berkata, polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan wanita yang juga pemandu van sekolah itu dipercayai angkara perasaan cemburu suspek terhadap mangsa.

Dalam kejadian Rabu minggu lalu, mayat mangsa berusia 41 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring dalam sebuah bilik tidur dengan kesan luka kelar pada lehernya dipercayai dibunuh menggunakan senjata tajam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI