PETALING JAYA – Gelagat seorang kakitangan imigresen di Sadao, Thailand dengan selamba menyanyi lagu Terima Kasih nyanyian Datuk Awie sewaktu menyambut kehadiran penyanyi rock itu untuk pemeriksaan pasport, mengundang gelak ketawa orang ramai.
Menerusi video dimuat naik pada TikTok McLeh, kakitangan imigresen itu dilihat turut memakai kopiah serta jaket dengan logo imigresen Thailand dan dia terus menyanyikan lagu berkenaan sebaik terlihat Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berada di tempat itu.
Pada video itu, dia dilihat mengangkat tangan seperti berada di dalam konsert Awie sambil menyanyikan lagu tersebut, malah turut menggayakan tangannya seperti sedang bermain gitar.
Dalam masa sama, Awie tersenyum ketawa dan menyambut mesra gurauan peminat tersebut, malah mereka bersama-sama bersalam sebelum beratur untuk pemeriksaan pasport.
Menerusi ruangan komen, orang ramai meninggalkan maklum balas positif selain turut gembira apabila kakitangan imigresen itu dapat berjumpa dengan Awie.
“Pak Long (merujuk kepada kakitangan imigresen Thailand) tu orang Pattani, bagus dia selalu bergurau kalau orang Malaysia masuk Thailand,” kata Mat Akim88.
“Tak dapat pergi konsert, dia punya excited (teruja) dapat jumpa Datuk Awie live (secara lansung). Suara lulus,” komen pengguna TikTok @Jamy Jaafar yang turut memuji suara kakitangan imigresen tersebut.
“Lagu ni memang top kalau kat kedai karaoke area Dannok. Kira lagu wajib di nyanyikan lah,” komen seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE
@mcleh886 Dato Awie VS Sadao Immigration #wmgsasean #sadaoborder #bukitkayuhitamborder #datoawiewings #thaiborder ♬ original sound – McLeh














