KISAH mengenai wanita yang meninggalkan kerjaya demi mencabar diri dalam dunia perniagaan acapkali didengari. Lebih mengejutkan apabila profesion yang dijawat itu merupakan kerjaya tetap dalam sektor kerajaan diimpikan ramai. Itu yang berlaku kepada Nur Fadhilah Mohamad Puzi, 36, tatkala nekad meninggalkan kerjaya sebagai jururawat, cita-citanya yang dimpikan sejak kecil, demi mencabar diri bergelar usahawan hampir sedekad lalu. Berkat pengorbanan tanpa sesalan, maka lahirlah sebuah syarikat bumiputera dengan barisan produk kesihatan dan jamu berasaskan gummy (jeli kenyal) berjenama Nurrifa yang juga……














