fbpx
Tangkap layar video TikTok KotaSAS berhubung tren ECRL yang bakal beroperasi 11 bulan lagi.

[VIDEO] ‘Tak sabar pergi KL naik ECRL’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai terutama dari Pantai Timur sudah tidak sabar dan berasa teruja untuk menggunakan tren Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka beroperasi dalam tempoh 11 bulan lagi.

Menerusi tinjauan di media sosial, mereka berkongsi keterujaan itu selepas satu video dikongsikan pada TikTok KotaSAS yang membawa tetamu merasai pengalaman menaiki tren ECRL di salah satu tempat di Pahang.

“Next station (stesen berikutnya) KotaSAS). First experience (pengalaman pertama) ECRL di KotaSAS,” menurut kapsyen ringkas pada video dimuat naik semalam.

Menerusi ruangan komen, selain tidak sabar mahu menaiki tren ECRL, ada juga yang bertanya mengenai harga tiket bakal dikenakan.

“Kalau macam ni senang lah dari Kuantan ke KL balik hari je. Tak payah tempah hotel bagai kalau nak pergi jalan-jalan,” komen pengguna TikTok Teha.

“Tak sabar pergi KL (Kuala Lumpur) naik ECRL,” komen seorang pengguna TikTok.

“Wow, bila siap? Nak naik. Harga tiket berapa?,” tanya Sir Sham.

Semalam Kosmo! melaporkan, tren pertama ECRL yang akan menjadi nadi pengangkutan baharu negara akan memulakan perjalanan pertama dalam tempoh 11 bulan lagi, sekali gus membuka lembaran baharu dalam ekonomi, sosial dan budaya di negara ini.

Tren pertama dari Gombak, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan dengan jarak 665 kilometer (km) bakal memendekkan masa perjalanan yang selama ini mengambil masa yang lama melalui jalan darat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, setakat Januari lalu, projek bernilai RM50.27 bilion itu sudah mencapai kemajuan pembinaan 91.70 peratus, selari dengan jadual penyiapan jajaran dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak menjelang akhir tahun ini. – KOSMO! ONLINE

@kotasas Next station KotaSAS… 🚆 First experience ECRL KotaSAS #KotaSAS #ECRL ♬ suara asli – Capcut Template

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN