fbpx
Zambry berucap pada Sidang Akademia Penyelidikan MTUN Bersama Industri 2026 di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

MTUN bantu kurangkan ‘reskilling’, tangani isu ketidakpadanan kemahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pengukuhan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dilihat mampu membantu mengurangkan keperluan latihan semula atau ‘reskilling’ dalam kalangan pelajar dan graduan, sekali gus menangani isu ketidakpadanan kemahiran (skills mismatch) yang sering dibangkitkan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kewujudan universiti teknikal amat penting bagi memastikan negara tidak terus berdepan masalah graduan yang tidak memenuhi keperluan sebenar industri khususnya dalam bidang teknologi tinggi seperti elektrik dan elektronik (E&E).

“Kalau sekiranya kita ada satu pendekatan yang baharu ini, dengan adanya MTUN ini, ia membantu mengurangkan daripada segi ‘retraining’ atau pun sekarang ini dipanggil ‘reskilling’ dalam kalangan pelajar atau pun graduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Akademia Penyelidikan MTUN Bersama Industri 2026 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata tanpa universiti teknikal, negara akan terus berdepan isu ketidakpadanan kemahiran apabila graduan yang dilahirkan tidak benar-benar bersedia untuk memenuhi tuntutan industri semasa.

Beliau menjelaskan, dalam bidang seperti E&E, pemahaman teknikal yang mendalam amat diperlukan kerana teknologi yang digunakan di kilang dan sektor pembuatan sentiasa berubah dan semakin canggih.

“Kalau sekiranya tidak ada universiti teknikal ini, maka negara kita akan menghadapi masalah yang kita bincang selama ini iaitu masalah ‘skills mismatch’.

“Dia belajar keluar macam ini, tapi akhirnya jadi macam lain, terutama dalam bidang-bidang ‘advanced technology’.

“Kita ingat yang keluar daripada bidang E&E ini sudah cukup kompeten. Tetapi apabila kita hantar mereka ke kilang, rupa-rupanya kilang berkenaan mengaplikasikan teknologi yang berbeza dan lebih terkini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI