fbpx
Ford Mustang yang ditahan JPJ di Kulim pada kelmarin. Foto JPJ KEDAH

Ford Mustang ditahan, pemandu terlupa perbaharui cukai jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang wanita memberi alasan terlupa untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang didapati tamat tempoh selepas kereta mewah Ford Mustang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini kelmarin.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, kereta tersebut ditahan dalam operasi penguatkuasaan JPJ di sekitar bandar Kulim.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati LKM kereta itu telah tamat tempoh pada 30 Januari lalu.

“Kereta tersebut juga tiada perlindungan insurans yang sah selain nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

“Susulan itu, tindakan saman dikeluarkan kepada pemandu yang merupakan seorang doktor berusia 39 tahun,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, pemandu memberi beberapa alasan termasuk terlupa untuk memperbaharui LKM, namun tindakan tetap diteruskan mengikut peruntukan undang-undang.

“Pemandu bertindak memperbaharui cukai jalan kenderaan tersebut serta-merta selepas tindakan saman dikenakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN