PETALING JAYA – Seorang peniaga hasil laut mencuri perhatian orang ramai apabila memberi peringatan awal supaya membuat persiapan bekalan makanan lebih awal berikutan puasa bulan Ramadan dijangka bertembung dengan perayaan Tahun Baharu Cina.
Menerusi perkongsian TikTok pembekal hasil laut dan sejuk beku, Ah New Fishery Sdn. Bhd. di Johor Bahru, peniaga berkenaan memaklumkan bekalan sayur-sayuran dan ikan dijangka terputus bermula minggu hadapan kerana kebanyakan pembekal dan pemborong akan bercuti sempena perayaan tersebut.
“Kali ini puasa sama dengan raya Cina, jadi minggu depan sayur ikan semua tak ada. Jangan tunggu minggu depan baru beli. Minggu ini juga kasi settle (selesai),” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap perkongsian tersebut.
“Pagi-pagi nak beli ikan dah kena bebel,” seloroh pengguna TikTok @Q.
“Terima kasih uncle (pak cik) ingatkan kami, baru ingat nak beli minggu depan masa cuti panjang,” komen @Roomrentalkualalumpur.com.
“Bagus lah uncle ingat kan saya juga, kena pergi beli awal ni,” kata @Yuana Ventures. – KOSMO! ONLINE
@ah.new.fishery.sd♬ 原声 – Ah New Fishery Sdn Bhd














