fbpx
Poster yang dikongsi di laman Facebook Perdana Menteri.

Malaysia di kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri memaklumkan, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia melonjak ke kedudukan 54 ketika ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu mencerminkan usaha Kerajaan Madani memerangi rasuah yang sistemik serta membetulkan kelemahan struktur tadbir urus negara.

“Peningkatan ini antaranya didorong oleh tindakan penguatkuasaan tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Ia juga termasuk kejayaan memulihkan lebih RM15.5 bilion hasil negara melalui rampasan aset, dana dan pembanterasan sindiket rasuah serta ketirisan yang telah lama menjejaskan kewangan awam,”katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Kata Anwar, pencapaian itu juga adalah peringatan untuk kita menggandakan usaha memerangi rasuah secara konsisten dan berani, demi memulihkan keyakinan rakyat serta memastikan amanah negara terus dipertahankan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Kerajaan Madani tidak akan berkompromi apabila integriti institusi strategik dipersoalkan.

“Tindakan tegas terhadap salah laku dan penyelewengan dalam sektor pertahanan, di samping pembongkaran kartel serta rasuah berprofil tinggi, menegaskan prinsip bahawa tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI