fbpx
SEORANG warga emas menemui ajal dalam satu kemalangan apabila motosikal yang ditungganginya mengubah haluan secara tiba-tiba dan dilanggar sebuah kenderaan lain di Bukit Naning, Muar awal pagi hari ini. Foto IHSAN POLIS

Warga emas 73 tahun maut ubah haluan mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang warga emas menemui ajal dalam satu kemalangan apabila motosikal yang ditunggang mengubah haluan secara tiba-tiba dan dilanggar sebuah kenderaan lain di Bukit Naning di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian melibatkan dua buah kenderaan kira-kira pukul 7.36 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Xpander dan sebuah motosikal di mana kemalangan mengakibatkan penunggang motosikal seorang lelaki tempatan berusia 73 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu MPV sedang bergerak
lurus, sebelum penunggang motosikal yang berada di bahu kiri jalan mengubah haluan secara mengejut untuk menyeberangi jalan, lalu menyebabkan perlanggaran.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa maut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Raiz, kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis meminta sekiranya terdapat saksi yang melihat kejadian untuk menghubungi Inspektor Noor Khairun Izham Noor Yusry di talian 013-9121508 atau tampil ke Balai Polis Trafik IPD Muar bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI