JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial apabila menggunakan tangki simpanan air sebagai tabung untuk menyimpan wang, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kalbarfyi menunjukkan sejumlah wang kertas yang berada di dalam tangki tersebut.
Wang kertas itu bernominasi dari 100,000 rupiah (RM23), 10,000 rupiah (RM2), 5,000 rupiah (RM1), 2,000 rupiah (RM0.46) dan 1,000 rupiah (RM0.23).
Rakaman itu mencatatkan lebih 789,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Saya tidak pernah terfikir untuk menabung dalam tangki air,” kata seorang netizen.
“‘Toyol’ tidak akan tahu wang ada dalam tangki air,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














