fbpx
Rakaman kejadian yang tular melibatkan tertuduh dan mangsa pada Ahad lalu.

Lelaki tular pukul warga emas didenda RM5,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang lelaki yang tular memukul seorang warga emas didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh dalam kejadian di Jalan Cheras-Hulu Langat , Ahad lalu.

Majistret Fatin Dayana Jalil menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Saiful Adli Yusof, 52, selepas lelaki itu mengaku bersalah teehadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumpah denda itu dia boleh dipenjara lapan bulan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Liew Khoon Foo, 70, dengan menumbuk dan menendang bahagian muka serta badan mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Cheras-Hulu Langat, Batu 9 Cheras, pukul 4.05 petang, 8 Februari lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara boleh sampai setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Bapa empat orang anak itu juga didakwa telah menakutkan secara jenayah terhadap mangsa sama dengan ugutan hendak menyebabkan kematian, di lokasi serta waktu serupa, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Aida Afiqah Shaari memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Bagaimanapun peguam Muhammad Syakir Haznal yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda yang minimum.

“Anak guam adalah pencari nafkah tunggal dalam keluarga serta perlu menanggung isteri dan empat anak berusia antara 16 tahun hingga enam hari selain menanggung ibu mentua yang menghidap penyakit kronik.

“Semasa kejadian, anak guam bersama isteri dan anaknya berusia tiga hari. Anak guam serta isterinya berasa terkejut dan terkilan apabila kejadian itu berlaku. Anak guam telah insaf atas perbuatannya itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” kata Muhammad Syakir.

Mengikut fakta kes, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira telah terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire di Jalan Cheras-Hulu Langat.

Mangsa kemudian mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Taman Suntex kerana takut dan tertuduh mengekori mangsa daripada belakang.

Tertuduh kemudian menahan kereta mangsa di lampu isyarat sebelum bertindak menendang kereta terbabit hingga mendatangkan ketakutan.

Apabila mangsa keluar dari kenderaannya, tertuduh terus menumbuk serta menendang mangsa sehingga mangsa mengalami kecederaan di muka, mata lebam, dagu bengkak serta lidah berdarah.

Pada Ahad lalu, tular video berdurasi kira-kira satu minit di media sosial, yang memaparkan suspek memarahi dan menendang mangsa yang sedang duduk di kerusi pemandu keretanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI