fbpx
AHMAD ZAIM berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan bas ekspres pada harga mampu milik untuk golongan B40.

Zaim Ekspres teroka laluan baharu, tawar peluang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Syarikat pengendali bas ekspres tempatan, Zaim Ekspres komited untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan menerusi pembukaan beberapa laluan baharu tahun ini.

Pengarah Urusannya, Ahmad Zaim Ghazali berkata, antara laluan baharu yang akan diteroka ialah di seluruh Semenanjung, termasuk laluan antarabangsa sehingga ke Hatyai, Thailand.

“Insya-Allah tahun ini kami akan cuba menembusi laluan lain dari Kuala Lumpur atau dari Pantai Timur, selaras dengan komitmen untuk menambah jumlah bas baharu sekitar 15 hingga 20 buah tahun ini.

“Antaranya ialah laluan baharu terus ke Hatyai, seiring dengan permintaan yang memberangsangkan daripada pelancong tempatan.

“Dengan penambahan laluan dan bas ini, kami yakin ia mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat, sekurang-kurangnya 70 pekerja baharu,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut beliau, Zaim Ekspres disasarkan bakal mengoperasikan antara 100 dan 150 buah bas ekspres menjelang tahun 2035.

Tambahnya, syarikat turut berazam untuk menyediakan perkhidmatan bas ekspres pada harga mampu milik terutamanya kepada golongan B40.

Bagi musim perayaan Hari Raya Adilifitri tahun ini, pihaknya akan menyediakan kira-kira 12,000 tiket.

“Apabila bas baharu yang ditempah sebanyak 10 biji diterima kelak, kami yakin akan dapat menyediakan lebih banyak tiket pada masa akan datang,” katanya.

Zaim Ekspres memulakan operasi pada tahun 2020 menerusi sebuah bas terpakai yang dibeli pada harga RM300,000 hasil modal sendiri tanpa pembiayaaan mana-mana institusi kewangan.

Syarikat itu terus berkembang untuk mengendalikan lapan buah bas ketika ini, iaitu tujuh bas baharu berharga RM1.2 juta setiap satu serta sebuah bas terpakai melibatkan laluan antara Lembah Klang dan Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI