fbpx
Enam individu ini dikehendaki JIM bagi perbicaraan di mahkamah berhubung kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

6 lelaki Myanmar dicari bantu perbicaraan kes Akta Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan enam individu warga Myanmar yang dikehendaki untuk tujuan perbicaraan di Mahkamah berhubung kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

JIM dalam satu kenyataan memaklumkan, maklumat daripada orang awam amat penting bagi membantu siasatan dan proses perundangan.

“Individu terbabit dikenal pasti sebagai MG Win Khit, Jacob, Maung San Ei, Bawi Cin Sang, Peng Uk dan Kha Za Hmo yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 38 tahun,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Muhamad Hifzhan Rosazlan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di talian 03-88801338 / 1211 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan di 03-88801555 selepas waktu pejabat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI