fbpx
Mohd. Shuhaily ketika ditemui pemberita di Pelabuhan Barat, Klang. FOTO: SADDAM YUSOFF

Tiada mercun seludup dikesan di Pelabuhan Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) belum mengesan sebarang penyeludupan mercun menerusi Pelabuhan Klang menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan rapi bagi mengelak bahan terlarang itu masuk secara haram negara ini.

“Buat masa ini, pihak berkuasa di Pelabuhan Klang termasuk AKPS belum berjaya mengesan bahan berkenaan.

“Cuma kita akan terus memantau barangan yang mungkin datang dari negara yang berpotensi mengeksportnya ke sini,” katanya ketika ditemui selepas lawatan Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar ke Pelabuhan Barat di sini, petang tadi.

Tegas beliau, mercun yang diseludup masuk secara haram kebiasaannya menggunakan taktik melalui lorong tikus. dan ia tidak dijual secara borong.

“Mungkin mercun yang diluluskan kementerian datang dalam kuantiti banyak tetapi yang tidak dibenarkan pula mungkin aktiviti menyeludupnya dari negara jiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI