fbpx
Matt Goodwin - PA

Calon pilihan raya cadang cukai tinggi untuk rakyat tiada anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang calon pilihan raya kecil di Britain mengundang kritikan orang ramai kerana  mencadangkan dasar cukai tambahan kepada lelaki dan wanita yang tidak mempunyai anak, lapor akhbar Metro UK semalam.

Matt Goodwin yang merupakan  calon pilihan raya kecil Gorton dan Denton yang akan datang, mencadangkan cara untuk menangani penurunan kadar kelahiran di Britain dalam catatan blognya pada tahun 2023.

Dalam catatan yang ditemui akhbar The Independent, Goodwin bercakap tentang mengenakan cukai kepada mereka yang tidak mempunyai anak.

Walaupun beliau mencadangkan cukai tersebut akan dikenakan terhadap  lelaki dan wanita, levi  itu berkemungkinan besar lebih memudaratkan wanita.

Golongan itu dipercayai akan tertekan untuk hamil bagi mengelakkan cukai untuk diri sendiri atau pasangan mereka.

Goodwin menulis bahawa kerajaan harus menghapuskan cukai pendapatan bagi wanita yang mempunyai dua atau lebih anak.

Beliau juga mencadangkan budaya pro keluarga dengan mewujudkan hari kebangsaan untuk keibubapaan, manakala Raja Britain akan menghantar mesej kepada keluarga apabila mereka mempunyai anak ketiga.

“Memperkukuhkan kepentingan keluarga dalam kurikulum, memberi insentif kepada keluarga supaya mempunyai lebih ramai anak. Memperkenalkan cukai bagi mereka yang tidak mempunyai zuriat,” kata tulisan blog tersebut. 

Timbalan pemimpin Parti Buruh, Lucy Powell melabelkan idea Goodwin sebagai sangat tidak masuk akal.

“Ia akan menghukum berjuta-juta wanita dan melucutkan maruah asas mereka untuk memilih,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN