fbpx
Gambar Hiasan

Trem ART di Putrajaya tidak diteruskan, kos terlalu tinggi RM211.95 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) atau trem tanpa landasan di Putrajaya tidak diteruskan berikutan anggaran kos yang sangat tinggi iaitu RM211.95 juta untuk tempoh 10 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui berkata, anggaran kos pelaksanaan ART di Putrajaya itu berdasarkan hasil kajian awal termasuk kos pembangunan infrastruktur, sistem, operasi dan penyelenggaraan.

“Kos ini adalah di luar kemampuan kewangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sebagai pihak berkuasa tempatan. Atas dasar tersebut, PPj tidak meneruskan cadangan pelaksanaan ART di Putrajaya serta tiada cadangan untuk peluasan jajaran fasa seterusnya.

“Bagaimanapun, PPj sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan keperluan perancangan pengangkutan awam pada masa hadapan, tertakluk kepada kemampuan kewangan dan
kelulusan peruntukan.

“Khususnya bagi menyokong sasaran perkongsian mod pengangkutan awam 70:30. Nisbah ini merujuk kepada 70 peratus pengangkutan awam,.manakala 30 peratus kenderaan persendirian,” katanya

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengenai status terkini ART di PUtrajaya memandangkan fasa rintis sudah dijalankan sebelum ini.

Su Fui berkata, dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik di Putrajaya, PPj telah
melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan.

Menurut beliau, ia termasuk
Bas Nadiputra menyediakan tujuh laluan yang beroperasi setiap hari menghubungkan kawasan perumahan, sekolah, pusat komersial, Terminal Putrajaya Sentral ke pejabat kerajaan dan sebaliknya.

Tambah beliau, kekerapan perjalanan pada waktu puncak iaitu pagi dan petang bagi Laluan P101 adalah setiap 10 minit, manakala enam laluan lagi setiap 20 minit serta pengurusan trafik sedia ada melalui Putrajaya Control Centre (PCC) secara berpusat.

“Integrasi pengangkutan awam terkini seperti Demand Responsive Transit (DRT) dilaksanakan secara berperingkat bagi mengurangkan kesesakan trafik di Putrajaya termasuk penyediaan Kajian Transport Masterplan Dan Kajian Action Plan 2050,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI