fbpx
PALMER menyempurnakan sepakan penalti untuk membuka tirai jaringan dalam kemenangan ke atas Wolves kelmarin. - AFP

EPL: Palmer kembali mengganas buat Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WOLVERHAMPTON – Chelsea meneruskan aksi cemerlang di bawah kendalian Liam Rosenior apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Wolverhampton Wanderers kelmarin.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Molineux itu, bintang The Blues, Cole Palmer mencuri tumpuan apabila meledak hatrik bagi memastikan kemenangan 3-1 dan membawa pulang tiga mata penting.

Rosenior menganggap Palmer menampilkan corak permainan berkelas dunia, terutamanya menerusi penyudah dipamerkan selain kemampuan membantu pasukan ketika melancarkan serangan ke arah lawan.

“Saya tidak mahu dia (Palmer) berubah. Corak permainan kami ketika ini sangat sesuai dengan Palmer dan memang itu yang saya harapkan daripada dia bagi membantu pasukan dalam setiap perlawanan.

“Kita semua tahu bahawa dia merupakan seorang pemain berkelas dunia. Saya yakin jika Palmer cergas sepenuhnya, dia memang sukar untuk disekat dan saya gembira dia bersama kami,” katanya.

Sebagai rekod, bintang England itu melakar sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya pemain Chelsea yang berjaya menjaringkan empat hatrik dalam saingan EPL, mengatasi legenda-legenda lain.

“Sejak menyertai pasukan ini, saya mula faham mengenai harapan yang diberikan. Saya juga tidak akan memberikan perhatian kepada cakap-cakap yang tidak membawa keuntungan untuk pasukan,” ujar Rosenior. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN