UNIVERSITI Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus mencipta sejarah apabila seramai 25 graduan daripada kohort kedua Program Ijazah Dual antara UMPSA dan Beijing Jiaotong University (BJTU) berjaya menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan baru-baru ini. Mereka terdiri daripada tujuh graduan dalam jurusan Kejuruteraan Awam , 10 orang jurusan Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) dan lapan orang jurusan berkaitan Kejuruteraan Mekanikal yang mengikuti pengajian selama dua tahun di UMPSA sebelum menyambung pengajian selama dua tahun setengah lagi di BJTU, China. Majlis menyaksikan Presiden……














