fbpx
Zambry (lima dari kanan) ketika menyempurnakan gimik perasmian Program Pembangunan Komuniti Madani Pulau Pangkor Jabatan Pendidikan Tinggi di Arena Terbuka Kampung Masjid di Pulau Pangkor hari ini.

Teknologi dimiliki IPT boleh bantu tingkat sosioekonomi setempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Kepelbagaian teknologi yang dimiliki institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini boleh dimanfaatkan bagi membangunkan produk keluaran tempatan sekali gus meningkatkan sosioekonomi kawasan berkaitan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, antara contoh yang dapat dilihat adalah menerusi Program Pembangunan Komuniti Madani Pulau Pangkor Jabatan Pendidikan Tinggi yang dilaksanakan di pulau tersebut.

“Pulau Pangkor ini merupakan kawasan pelancongan serta perikanan. Selain daripada itu juga, terdapat hasil-hasil ataupun produk yang boleh dihasilkan dengan kedudukan pulau itu sendiri.

“Contohnya madu kelulut dan juga hasil-hasil laut yang boleh dikeluarkan di sini. Universiti-universiti menggunakan teknologi-teknologi yang mereka ada untuk membantu pembangunan masyarakat di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap merasmikan Program Pembangunan Komuniti Madani Pulau Pangkor Jabatan Pendidikan Tinggi di Arena Terbuka Kampung Masjid di Pulau Pangkor hari ini.

Antara program yang dilaksanakan menerusi program tersebut ialah Program Keusahawanan Kelulut Masyarakat Madani oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Projek Teknologi Pengeringan Isundryer Modular (Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang) dan Program Pemindahan Ilmu (KTP) Baja Kompos (Universiti Putra Malaysia).

Turut dilaksanakan ialah Projek KTP Memasak oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Perkhidmatan Teknikal (Pemasagan Lampu Solar) oleh Universiti Teknologi Malaysia.

Menurut Zambry, program-program serupa yang dilaksanakan di negeri lain sebelum ini juga dilakukan bagi dimanfaatkan oleh rakyat di kawasan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI