fbpx
Gambar yang dikongsi Anwar di laman Facebooknya malam ini.

Komuniti India penting dalam pembinaan negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri menegaskan bahawa hubungan Malaysia dan India bukan sekadar terjalin melalui dasar dan perjanjian rasmi semata-mata.

Sebaliknya kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, hubungan tersebut berakar kukuh dalam sejarah, budaya serta persahabatan yang telah dibina sejak berabad lamanya.

“Komuniti India merupakan sebahagian penting daripada pembinaan negara ini dengan sumbangan yang melangkaui pelbagai bidang serta menjadi tunjang kepada keharmonian dan kemajuan masyarakat majmuk Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni komuniti India bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi petang tadi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, persahabatan dua hala itu akan terus diperkukuh melalui kerjasama yang semakin bermakna dalam bidang ekonomi, digital, teknologi serta pertukaran rakyat.

Jelas beliau, ia sejajar dengan aspirasi pembangunan masa hadapan kedua-dua negara.

“Dalam dunia yang semakin sarat dengan ketidaktentuan dan cabaran global, Malaysia dan India wajar terus menjadi suara yang mengutamakan dialog, kerjasama dan nilai kemanusiaan.

“Hakikatnya, persahabatan antara negara dinilai bukan pada kata-kata, tetapi pada sejauh mana kerjasama tersebut membawa manfaat yang nyata kepada kehidupan rakyat,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI