fbpx
Mohd. Azman (dua dari kanan) semasa merasmikan program Outreach Literasi Kesihatan Diabetes Peringkat Daerah Tanah Merah di Masjid Mukim Batu 11, Tanah Merah hari ini.

Tiga kluster, sembilan kes tibi dikesan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan tiga kluster melibatkan sembilan kes tuberkulosis atau tibi di negeri ini yang aktif sejak hujung tahun lalu.

Pengarah JKNK, Datuk Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, sembilan kes itu membabitkan warga tempatan dan kawasan wabak tibi itu dikesan di daerah Kota Bharu dan Bachok.

Menurutnya, dua lokaliti wabak itu dikesan di Kampung Padang Salim dan Guchil Bayam di Kota Bharu manakala satu lagi lokaliti di Kampung Anak Rhu Melawi, Bachok.

“Semua pesakit yang dikesan positif telah menerima rawatan dan sedang dipantau rapi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Berdasarkan rekod, sebanyak 16 wabak tibi dengan seramai pesakit 43 orang dikenal pasti di Kelantan sepanjang tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Outreach Literasi Kesihatan Diabetes Peringkat Daerah Tanah Merah di Masjid Mukim Batu 11 di sini hari ini.

Mohd. Azman memberitahu, pihaknya telah mengambil langkah pencegahan dan pemeriksaan ke atas semua ahli keluarga pesakit tersebut.

Menurutnya, JKNK mengambil tindakan bagi membendung penularan wabak itu dengan mengambil langkah pencegahan di institusi sekolah dan komuniti.

“Orang ramai yang mengalami simptom seperti batuk berpanjangan, demam atau berpeluh pada waktu malam diminta supaya segera menjalani ujian saringan kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN