fbpx
Gambar hiasan

3.27 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya seawal Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya utama dan lebuh raya sambungan mampu mencapai sehingga 3.27 juta kenderaan pada hari puncak sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menerusi satu kenyataan, LLM berkata, peningkatan jumlah trafik itu dijangka berlaku seawal hari Jumaat, 13 Februari bagi pengguna lebuh raya yang menuju ke arah utara, selatan dan Pantai Timur.

Mengikut pecahan trafik kenyataan itu, sebanyak 2.2 juta kenderaan akan menggunakan Lebuh Raya Kumpulan Plus, Lebuh Raya Kuala Lumpur (210,000), Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 (90) dan (40,000) di LPT 2).

Manakala, bagi lebuh raya sambungan ke lebuh raya utama adalah sebanyak 570,000.

Bagi mendepani peningkatan trafik, LLM berkata, pihaknya telah mengarahkan kesemua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan persediaan rapi agar perjalanan pengguna lebuh raya adalah selamat dan lancar sepanjang tempoh berkenaan.

“Antara langkah-langkah proaktif yang telah diambil termasuk memastikan tiada penutupan lorong oleh syarikat konsesi lebuh raya kecuali bagi kerja kecemasan bermula pada 12 hingga 23 Februari.

“Selain itu, mengaktifkan laluan ‘smart lane’ di 32 lokasi yang telah dikenalpasti di Lebuh Raya Utara Selatan,”kata kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, LLM turut mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya untuk memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol, selain melaksanakan kutipan tol berlapis di beberapa plaza tol yang dikenalpasti mempunyai trafik yang tinggi.

“Mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya agar sentiasa memastikan pengoperasian lebuh raya dalam keadaan terbaik dan semua kemudahan dapat berfungsi sepanjang tempoh tersebut terutamanya di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah demi keselesaan serta keselamatan pengguna lebuh raya.

“Menyediakan tandas sementara dari jenis mudah alih dan kabin untuk menampung keperluan pengguna semasa musim perayaan ini serta memastikan kebersihan tandas dan memastikan kecukupan bekalan air,”katanya.

Tambah LLM, syarikat konsesi juga diarahkan menyediakan kemudahan tambahan parkir dan meningkatkan bilangan petugas termasuk anggota Rela bagi mengawal aliran trafik di kawasan R&R dan hentian.

“Sekiranya keadaan di lokasi sesak, para pengguna digalakkan untuk meneruskan perjalanan dan singgah di kawasan R&R, hentian sebelah atau plaza tol seterusnya,”kata kenyataan itu.-KOSMO! ONLUNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI