fbpx
Adyan yang berusia enam bulan meninggal dunia pada hujung tahun lalu dipercayai akibat tersedak susu.

Kematian Adyan masih dalam siasatan – Ketua Polis KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kematian seorang bayi lelaki berusia enam bulan ketika di bawah jagaan pengasuh di Datuk Keramat, di sini masih disiasat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian berlaku pada pukul 3.40 petang, 26 November 2025 apabila bapa mangsa menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan bayinya tidak sedarkan diri ketika tidur.

Menurut beliau, mangsa, Adyan Suhayl Mohamad Syamil Safri kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Kes masih lagi dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan walaupun sudah tiga bulan berlalu, seorang ibu tetap menuntut keadilan berhubung kematian bayinya ketika di bawah jagaan pengasuh di Datuk Keramat hujung tahun lalu.

Noor Ainy Mohd. Rusly, 33, yang bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat berkata, dia dan suaminya masih belum dimaklumkan mengenai punca sebenar kematian Adyan yang meninggal dunia pada 26 November 2025.

Pengasuh bayi itu yang berusia berusia dalam lingkungan 40-an pula dikatakan sudah tidak menetap di rumah tersebut dan berpindah ke Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN