fbpx
Fahmi pada sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Jangan cetus gangguan keselamatan sempena lawatan pemimpin asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi peringatan kepada mana-mana pihak supaya tidak mencetuskan sebarang gangguan keselamatan khususnya sepanjang lawatan rasmi pemimpin negara asing ke Malaysia dalam masa terdekat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, langkah tegas akan diambil jika ada pihak yang cuba mencetuskan gangguan itu.

“Perdana Menteri membuat satu keputusan, pendirian kerajaan untuk tidak mengizinkan mana-mana pihak mencetuskan sebarang bentuk gangguan keselamatan, terutama sewaktu negara akan menerima tetamu dalam masa terdekat.

“Jadi, langkah tegas akan diambil untuk pastikan dan jamin keselamatan awam dan juga tetamu negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Fahmi bagaimanapun tidak menamakan pemimpin asing yang akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia buat masa ini.

Kenyataan dibuat itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi yang dijadual pada hujung minggu ini.

Terdahulu, Perdana Menteri India dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 7 hingga 8 Februari ini atas jemputan Perdana Menteri.

Lawatan ini merupakan lawatan balas susulan lawatan rasmi Anwar ke India pada Ogos 2024.

Mengikut jadual, Modi akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, diikuti dengan mesyuarat dua hala dengan Anwar di Kompleks Sri Perdana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI