fbpx
Gambar hiasan

SPRM tahan pengurusan tertinggi IJM Corporation Berhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pengurusan tertinggi IJM Corporation Berhad berkaitan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan dan pemilikan aset di luar negara bernilai RM2.5 bilion.

Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan 70-an itu ditahan pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini.

“SPRM melakukan pemeriksaan dan penggeledahan di tiga lokasi baharu iaitu institusi pengurusan dana dan pelaburan, sebuah bank pelaburan dan kediaman lelaki tersebut.

“Siasatan awal mendapati bank pelaburan itu dilantik untuk menguruskan proses tawaran pengambilalihan ke atas IJM Corporation Berhad termasuk urusan kawal selia dengan sebuah badan berkanun biaya kendiri,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, lelaki itu dilepaskan dalam tempoh 24 jam selepas keterangannya diambil berikutan mengalami masalah kesihatan.

Pada 19 Januari lalu, Bahagian Operasi Khas menjalankan siasatan ke atas suspek berkaitan tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset berjumlah RM2.5 billion di luar negara.

Siasatan itu dibuat susulan wujud potensi elemen kesalahan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan. SPRM membekukan 70 akaun bank persendirian dan akaun syarikat berkaitan yang berjumlah RM30.6 juta.

Jelas sumber, siasatan kini tertumpu kepada usaha mengesan dan menyita aset-aset lain yang disyaki diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram.

“Setakat ini seramai 15 saksi termasuk isteri suspek dipanggil untuk dirakam percakapan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, siasatan menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN