fbpx
Rohaizad (dua dari kanan) menunjukkan rampasan minuman keras pada sidang akhbar di Pejabat Penguatkuasaan Kastam, Seberang Perai hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Kilang mini proses arak haram diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya menumpaskan aktiviti memproses minuman keras tanpa lesen di sebuah stor kecil yang dijadikan sebagai ‘kilang mini’ di Sungai Dua di sini, baru-baru ini.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Rohaizad Ali berkata, menerusi pemeriksaan yang dijalankan pada pukul 11.30 pagi itu, pihaknya menemui 10,391 botol yang mengandungi 4,208.7 liter minuman keras jenis whisky disyaki tidak berkastam bernilai RM516,072.03 termasuk cukai.

“Turut disita pelbagai peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk memproses minuman keras termasuk tong berisi etanol, gulungan setem cukai kastam palsu, peralatan pembungkusan minuman keras, mesin pemasang penutup dan pelekat label.

“Sebahagian daripada minuman keras berkenaan telah siap ditampal dengan setem cukai kastam yang disyaki palsu.

“Pihak terbabit didapati menggunakan premis tanpa papan tanda di kawasan penanaman kelapa sawit untuk mengilang minuman keras tanpa lesen ini,” katanya pada sidang akhbar di Peraidi sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tiada tangkapan dilakukan semasa serbuan dan pemeriksaan lanjut sedang dilaksanakan bagi mengenalpasti pemilik premis berkenaan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati bil utiliti premis itu didaftarkan atas nama seorang individu tempatan. Kes disiasat di bawah 74(1) (f) Akta Eksais 1976 dan boleh dihukum bawah Seksyen 74(1)(iii) Akta Eksesais 1976,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI