fbpx
Deretan rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Nuri Kampung Seri Cheeding, Banting.

Budak lelaki 3 tahun rentung dalam kebakaran tiga rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga maut ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Jalan Nuri Kampung Seri Cheeding, Banting di sini, awal pagi tadi.

Mangsa dijumpai dalam bilik utama kira-kira pukul 4.15 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai 17 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, BBP Banting dan BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terlibat dalam operasi pemadaman selepas pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.44 pagi.

“Kebakaran melibatkan tiga buah rumah dengan setiap satunya musnah kira-kira 90 peratus.

“Berdasarkan maklumat awal, terdapat seorang kanak-kanak terperangkap dalam rumah. Api dapat dikawal pada pukul 3.30 pagi dan pemeriksaan lanjut menemukan mangsa di bilik utama dalam keadaan rentung pada pukul 4.15 pagi,” katanya.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN