fbpx
Zukiman (kanan) dan adik beradiknya melihat gambar Marzuki ketika ditemui di Hospital Baling, hari ini.

Mata jadi ‘gelap’ sebelum jatuh pokok petai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Seorang pencari petai yang maut selepas terjatuh dari pokok di Kampung Bukit Hijau, Kupang, di sini hari ini dikatakan sempat menjerit ke arah bapa saudaranya sebelum insiden berlaku.

Menurut Zukiman Abdullah Ali, 32, abangnya, Allahyarham Marzuki Abdullah Ali, 34, bersama bapa saudara pergi ke kawasan kebun yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka sekitar pukul 10 pagi tadi.

“Abang memanjat pokok petai, manakala bapa saudara menoreh getah. Sebelum kejadian, abang dikatakan tiba-tiba menjerit memanggil bapa saudara dan memberitahu matanya menjadi gelap, mungkin mahu pitam.

“Abang kemudian dilihat dalam keadaan tidak bermaya sebelum terjatuh dari pokok. Bapa saudara beritahu dia terus berlari ke arahnya dan mendapati abang sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, bapa saudara turut mendapati darah keluar dari hidung arwah sebelum membantunya mengucap dua kalimah syahadah.

“Pemergian abang memang mengejutkan yang mana dia pergi ketika mencari rezeki. Arwah memang sering memanjat pokok petai, malah kadangkala mengambil upah daripada penduduk kampung. Hari ini mungkin sudah sampai ajalnya,” ujarnya.

Menurutnya lagi, arwah sempat bersalaman dan memohon maaf daripada ibu mereka, Faridah Sulimin, 52, sebelum keluar rumah pagi tadi.

“Arwah merupakan anak sulung daripada 11 beradik dan hubungan kami adik-beradik sangat rapat,” tambahnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki berusia 34 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari pokok petai setinggi kira-kira 18 meter di sebuah kebun getah di Kampung Bukit Hijau, Kupang, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI