fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Fasihahsupian di laman Threads.

Makan di Rembayung, dapat ‘free gift’ senduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu perkongsian di media sosial mencuri perhatian netizen apabila seorang pelanggan mendakwa membawa pulang senduk milik sebuah restoran terkenal tanpa sengaja selepas membungkus makanan yang tidak habis dimakan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik @Fasihahsupiann di Threads, individu tersebut berkongsi pengalaman berkunjung ke Rembayung sebelum mendapati sudu dalam bekas makanan dibawa pulang ke rumah.

Menurutnya, perkara itu berlaku secara tidak sengaja kerana sudu tersebut dimasukkan ke dalam bekas makanan ketika proses membungkus dilakukan.

“Bila makan dekat rumah, eh ada senduk dalam bekas. Macam mana ni? Nak pulangkan, jauh,” katanya.

Lebih mencuit hati, Khairul Aming yang merupakan pemilik Rembayung tampil memberikan reaksi ringkas di ruangan komen.

“Saya tak tahu nak respons apa,” selorohnya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan pengguna media sosial terhadap hantaran tersebut.

“‘Free gift’ (hadiah percuma). Tak semua pelanggan dapat,” seloroh @Jasminekay189.

“Basuh bersih, bingkaikan dan gantung di dinding senduk tu,” kata @Myrazara87.

“Hahaha, saya lagi teruk. Leka sangat minum teh ais limau sambil tengok telefon di warung. Sampai bawak balik gelas minum dalam kereta. Nasib baik sempat sedar lepas beberapa meter gerak,” kata @Ibnuabdullah7472.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN