fbpx
Lantai bilik mandi yang runtuh ke dalam Sungai Cijagra, Bandung. - Istimewa

Operasi cari isteri hilang dalam bilik mandi diperluaskan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA –  Operasi mencari seorang suri rumah tangga yang hilang selepas lantai bilik mandinya runtuh ke dalam Sungai Cijagra di Bandung, wilayah Jawa Barat diperluaskan, lapor  sebuah laman berita tempatan hari ini.

Kejadian itu berlaku pada Isnin lepas melibatkan sebuah rumah di tebing sungai berkenaan di Desa Cilame. Mangsa yang dikenali sebagai Enok, 43, dipercayai jatuh ke dalam air dan dihanyutkan arus sungai.

“Kejadian berlaku sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan). Dapur dan bilik mandi kediaman mangsa berada di atas Sungai Cijagra,”  kata ketua polis tempatan, Oeng Hoeruman.

Menurut laman berita Tribun Jabar, pasukan penyelamat terdiri daripada polis, Tentera Nasional Indonesia, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan, Badan Pengurusan Bencana Daerah dan bomba memperluaskan pencarian di sepanjang aliran Sungai Cijagra untuk mencari mangsa.

Operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan berpuluh-puluh anggota dan diteruskan hari ini.

Pasukan penyelamat menumpukan operasi di sepanjang sungai khususnya kawasan hulu Sungai Cijagra.

“Mangsa belum ditemui,” kata Oeng sambil menambah, beberapa perahu digunakan untuk sampai ke kawasan yang sukar diakses melalui jalan darat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN