fbpx
Gambar hiasan.

Guru pernah dipenjara ditahan kes liwat pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang didakwa dilakukan oleh seorang guru di sebuah sekolah di Desa Pandan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, laporan itu dibuat oleh bapa mangsa berusia 40 tahun pada pukul 12.27 tengah hari, kelmarin.

Menurutnya, mangsa memaklumkan telah mengenali suspek yang merupakan seorang guru dan mendakwa pernah diliwat oleh lelaki berkenaan beberapa kali.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek telah ditangkap dan hasil semakan mendapati lelaki berkenaan pernah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan enam sebatan bagi dua kes terdahulu.

“Kes ini masih dalam siasatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI