fbpx
Gambar hiasan.

Gagal bayar caj kelab hiburan, dua lelaki cedera dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Gagal menjelaskan bayaran caj dipercayai menjadi punca dua lelaki tempatan dipukul dan diugut dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Pudu, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.37 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 33 tahun dikatakan berada di premis berkenaan untuk tujuan berhibur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim bin Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pukul 5.03 pagi, daripada seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun.

“Pengadu telah menerima panggilan daripada rakannya memohon bantuan kerana telah dipukul dan diugut akibat gagal membuat pembayaran kadar caj di sebuah pusat hiburan di Pudu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lazim berkata, akibat kejadian, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian badan dan muka akibat dipukul oleh suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 384/ 324 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN