fbpx
Tiga kanak-kanak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan di Flat Sibu Jaya, petang tadi.

Tiga budak lemas dalam kolam kumbahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIBU – Tiga kanak-kanak mati lemas setelah terjatuh ke dalam kolam kumbahan di Flat Sibu Jaya di sini hari ini.

Dua daripada mereka adalah adik beradik berusia 9 dan 12 tahun, manakala seorang lagi berusia 10 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 4.03 petang tadi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya ke lokasi.

“Setiba di lokasi mendapati dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki telah jatuh ke dalam kolam kumbahan berkedalaman dua meter,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kesemua mangsa kemudian dibawah naik ke tebing kolam oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik, ketiga-tiga mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN