KUALA SELANGOR – Seorang doktor sanggup meninggalkan kerjaya profesional dalam bidang perubatan apabila kembali ke kampung halamannya untuk menjadi pesawah di Sawah Sempadan, Tanjong Karang di sini. Malah Dr. Azman Mohd. Sharif, 59, turut cekal menepis pandangan sinis sesetengah pihak yang mempersoalkan keputusannya meninggalkan dunia perubatan yang telah diceburinya lebih 20 tahun. Dr. Azman berkata, sebelum ini dia pernah berkhidmat di hospital dan tiga buah klinik dari 1996 hingga 2010 sebelum menjadi pengarah di sebuah pusat dialisis selama 10 tahun.…














