fbpx
Remy mengalami keretakan rulang rusuk ketika bekerja di Kota Tinggi, Johor namun keadaannya kini stabil dan di bawah pemantauan doktor.

Kemalangan di tempat kerja, tulang rusuk Remy Ishak retak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Datuk Remy Ishak mengalami keretakan tulang rusuk susulan kemalangan kecil yang berlaku di sebuah set penggambaran filem terbaharu di Kota Tinggi, Johor.

Bagaimanapun, keadaan pelakon filem drama Nur Kasih itu kini stabil dan dan menerima rawatan di sebuah pusat kesihatan.

“Remy mengalami keretakan tulang rusuk susulan kemalangan kecil di lokasi penggambaran.

“Beliau sekarang menerima rawatan di sebuah pusat kesihatan dan berada dalam keadaan stabil. Terima kasih kerana ambil berat. ” demikian kata pengurus Remy dikenali sebagai Azlin Abas.

Kata Azlin lagi, Remy akan melakukan sekali lagi imbasan di hospital swasta bagi mengesahkan keadaannya benar-benar stabil.

“Tadi dah buat scan di hospital kerajaan dan akan dibawa ke hospital swasta juga untuk pastikan keadaan dia benar-benar okey.

“Buat masa sekarang, dia masih memperlukan rawatan dan pemantauan daripada pihak doktor. Moga tiada apa-apa yang serius agar dia boleh sambung shoot lagi nanti (bila sembuh sepenuhnya),” katanya.

Terdahulu, isteri pelakon asal Melaka itu memuat naik status di Threads memohon doa daripada orang ramai selepas suaminya diberitakan berdepan kemalangan kecil di tempat kerja.

“Doakan suami, Remy Ishak yang terlibat dalam kemalangan di set (penggambaran).

“Semoga cepat sembuh supaya dia dapat bekerja semula seperti biasa,” coretnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI