fbpx
HOLGADO

Khidmat Holgado diintai kelab Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAHAM pemain warisan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado dilaporkan tetap tinggi apabila sedang diintai oleh beberapa kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya termasuk pasukan dari Argentina.

Walaupun Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) masih belum membuat keputusan akhir berhubung isu pemalsuan dokumen, penangguhan hukuman 12 bulan seakan membuka peluang buat Holgado untuk mencari ‘angin’ baharu.

Menurut laporan winsports.com, Holgado tidak akan jadi sebahagian daripada America de Cali untuk musim 2026 apabila kelab itu baharu saja membawa masuk penyerang baharu dari Ecuador, Daniel Valencia.

“Ini adalah keputusan penyerang itu dan kelab di mana dia akan dipinjamkan kepada pasukan lain. Namun, dia (Holgado) memiliki hubungan baik dengan pihak kelab (America de Cali) dan sekarang meneruskan latihan bersama pasukan,” menurut laporan berkenaan.

Holgado bersama tujuh lagi pemain warisan, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano sebelum ini digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) namun hukuman itu ditangguhkan oleh CAS buat sementara waktu.

Keputusan ini bermakna hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh FIFA terhadap tujuh pemain Harimau Malaya tersebut ditangguhkan buat sementara waktu dan mereka dibenarkan untuk meneruskan karier serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN